Sticky Sidebar



○ ■ ¤¤¤¤¤ AGEtv

Hakikat Arti kita Menerima Islam sebagai din yang hak

Hakikat Arti kita Menerima Islam sebagai din yang hak

Masalahnya adalah, apa artinya menerima Islam itu? Apakah ini bererti bahwa sesiapapun yang mengucapkan "saya adalah seorang Muslim atau saya telah menerima Islam" automatis menjadi seorang Muslim? Apakah ini berarti seperti seorang penganut Brahmana yang mengucapkan mantra-mantra berbahasa Sanskrit, atau seperti seseorang yang mengucapkan ungkapan-ungkapan berbahasa Arab, walaupun tidak memahami makna yang terkandung dalam ucapan mereka, pantas disebut seorang Muslim?


Sekarang tentu anda dapat menjawab pertanyaan di atas. Pasti anda menjawab: "Tidak". Anda pasti akan mengatakan bahawa arti menerima Islam adalah bahawa seseorang harus dengan penuh kesedaran dan kesengajaan menerima apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah Muhammad saw, dan bertindak sesuai dengan ajaran tersebut. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka ia adalah seorang Muslim, dan barangsiapa yang tidak berbuat demikian, ia bukanlah seorang Muslim.



SYARAT PERTAMA: PENGETAHUAN 

Dari jawaban di atas, kita boleh menyimpulkan bahwa pertama sekali, Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktikkan pengetahuan tersebut. Seseorang dapat menjadi Brahmana tanpa memiliki pengetahuan, kerana ia lahir sebagai Brahmana dan akan terus hidup sebagai Brahmana. Demikian pula seseorang yang lahir dari orang tua berdarah ningrat akan menjadi ningrat pula, walaupun ia tidak memiliki pengetahuan apapun, kerana ia lahir sebagai ningrat maka ia akan tetap disebut seorang ningrat sampai akhir hayatnya. Tetapi, seseorang tidak dapat menjadi seorang Muslim tanpa memiliki pengetahuan, kerana Islam tidak diperolehi kerena faktor keturunan, tetapi kerana pengetahuan. Kalau orang yang bersangkutan tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw, bagaimana ia boleh menyatakan keimanannya kepada ajaran tersebut dan mempraktikkannya? Dan bila ia menyatakan keimanannya tanpa kesedaran dan tanpa pengertian mengenai ajaran tersebut, bagaimana ia dapat menjadi seorang Muslim?

Adalah tidak mungkin untuk memahami Hakikat Arti Kita Menerima Islam dan untuk menjadi seorang Muslim dan hidup sebagai seorang Muslim tanpa mengetahui apa-apa. Seseorang yang dilahirkan di tengah-tengah keluarga Muslim, mempunyai nama seperti seorang Muslim, berpakaian seperti seorang Muslim, dan menyatakan dirinya sebagai seorang Muslim, sebenarnya dia bukanlah seorang Muslim. Kerana, seorang Muslim yang sebenarnya hanyalah seorang yang tahu, apa makna Islam yang sebenarnya dan menyatakan keimanannya,. kepada Islam dengan penuh kesedaran. Perbezaan yang sebenarnya antara seorang kafir dengan seorang Muslim bukanlah perbezaan dalam nama. Nama Joni tidaklah bererti bahawa pemiliknya adalah seorang kafir dan nama Abdullah pemiliknya adalah seorang Muslim. 

Demikian pula orang yang memakai celana jeans tidak bererti dia seorang kafir, dan yang memakai sarung seorang Muslim. Tidak, tidak demikian. Perbezaan yang sebenarnya antara seorang kafir dan seorang muslim adalah dalam hal pengetahuan. Seseorang adalah kafir kerana ia tidak tahu bagaimana hubungan dirinya dengan Tuhan dan hubungan Tuhan dengan dirinya, dan tidak tahu cara hidup yang mana yang harus dijalaninya di dunia ini, yang sesuai dengan kehendak Tuhan. Apabila seorang anak dari orang tua yang Muslim tidak mempunyai pengetahuan mengenai hal ini, maka apa alasannya bagi kita untuk menganggap dirinya sebagai seorang Muslim? Saudara-saudara! Saya minta anda semua mendengarkan baik-baik apa yang sedang saya huraikan dengan penuh tekanan ini, dan memikirkannya dengan tenang tanpa emosi. 

Anda semua harus mengerti benar-benar bahawa memperoleh atau kehilangan kurniaan Allah yang terbesar yang anda syukuri itu (Iman dan Islam--yakni jadi pengikut Rasullah Muhammad SAW), adalah tergantung seluruhnya pada pengetahuan. Bila anda tidak mempunyai pengetahuan untuk itu, anda sama-sekali tidak akan dapat memperoleh kurnia itu. Bahkan kalau anda mempunyai sebahagian kecil saja dari anugerah itu, maka kerana ketidaktahuan anda, anda akan selalu terancam bahaya kehilangan milik anda itu. Orang yang mestinya boleh memiliki anugerah yang besar itu, kerana kebodohannya, mungkin akan menganggap bahawa dirinya adalah seorang Muslim, padahal sebenarnya ia bukanlah seorang Muslim. 

Perumpamaan orang yang sama-sekali tidak tahu perbedaan antara Islam dan kufr serta perbezaan antara Islam dan syirik adalah ibarat seseorang yang sedang berjalan pada sebuah lorong yang gelap. Mungkin sekali, ketika ia sedang mengikuti sebuah lorong yang lurus, langkahnya menyeleweng ke arah yang lain dan ia tidak sedar bahawa ia telah menyeleweng dari arah yang lurus yang harus ditempuhnya. Dan mungkin sekali, di tengah jalan ia akan bertemu dengan seorang dajjal yang akan mengatakan kepadanya: "Hai Nak! Kamu telah tersesat dalam kegelapan. Mari, kupimpin engkau kepada tujuanmu". Pejalan yang malang itu, kerana gelap tidak mampu melihat dengan matanya sendiri mana arah yang lurus. Kerana itu, tanpa curiga apa-apa, ia akan segera menyambar tangan si dajjal dan terus berpegang kepadanya, dan si dajjal akan membawanya ke jalan yang sesat. Bahaya ini mungkin sekali akan menimpa pejalan tersebut, kerana ia sendiri tidak memiliki obor apa pun dan kerananya ia tidak biasa melihat tanda-tanda di sepanjang jalan yang ditempuhinya. Apabila ia mempunyai obor, tentulah ia tidak akan tersesat atau disesatkan oleh orang lain. 

Dari contoh ini anda boleh memahami bahawa, bahaya terbesar bagi seorang Muslim adalah ketidaktahuannya sendiri akan ajaran Islam, dan ketidaktahuannya akan apa yang diajarkan oleh al-Qur'an dan apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Kerana tidak mempunyai pengetahuan, ia pasti akan meraba-raba sahaja sepanjang jalan, dan akan disesatkan oleh dajjal. Tetapi bila ia mempunyai obor pengetahuan, maka ia akan mampu melihat jalan Islam yang lurus pada setiap langkah dalam hidupnya, melihat dan menghindari jalan-jalan kufr, syirk, bid'ah dan tidak bermoral yang menghalang jalannya, dan bila seorang penyesat ditemuiya di tengah jalan, maka setelah bertukar kata sejenak dengannya, ia pasti akan segera sedar, bahawa orang yang ditemuinya itu adalah seorang yang jahat dan tidak boleh diikuti. 

 itulah Hakikat Arti  Kita Menerima Islam



NB: 
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa menyeru kepada hidayah (jalan petunjuk dan kebaikan), maka ia akan mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang mengikuti (atau mengerjakan)nya tanpa mengurangi
pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa menyeru kepada kesesatan, maka ia mendapatkan dosa sebagaimana dosa orang yang mengikuti (mengerjakan)nya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.”. (HR. Muslim no. 6750).

Jika Anda ingin mendapatkan pahala investasi (yakni pahala yang hasilnya terus megalir meski anda sudah meninggal-karna disebabkan anda menyampaikan sesuatu dari islam dan ada orang yang iktu mengamalkannya pula, maka Anda akan mendapatkan pahala  sama tidak kurang atau lebih seperti orang yang mengamalkannya dan terus mengalir meski anda telah mati. Mau?), Maka jangan ragu sampaikan lagi informasi dan kabar gembira SUPER DAHSYAT ini kepada yang lainnya!


SHARE info ini. Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (HR. Muslim no. 1893) Dengan cara klik tombol sosial media di bawah ini:


BACA JUGA:

Komentar

Popular Posts

Memahami Makna laa ilaha Illa Allah Wajib

Bersatu di bawah Bendera Islam Wajib Bagi kaum Muslimin

Wajibnya Memahami Hakikat Dua Kalimat Syahadat